Kenapa Pemilik Bisnes Perlu Beli Sendiri Domain Dan Hosting?

Kenapa Pemilik Bisnes Perlu Beli Sendiri Domain Dan Hosting?

Bila anda nak buat website untuk bisnes anda.

Anda ada pilihan untuk beli domain dan hosting anda sendiri serta uruskan sendiri domain dan hosting yang anda beli.

Atau.

Anda beli sendiri domain dan hosting tetapi upah orang lain untuk uruskan domain dan hosting tersebut.

Atau.

Biarkan website designer atau website developer yang anda upah untuk beli dan uruskan domain dan hosting anda sepenuhnya. Mereka yang akan beli dan mereka jugalah yang akan uruskan domain dan hosting anda.

Tapi mana satu yang lagi baik? Mana-mana pun pilihan yang anda buat, ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Situasi Beli Sendiri

Kebaikan:

  • Anda mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas domain dan hosting. Semua maklumat tentang domain dan hosting ada dengan anda. Anda tahu di mana anda beli dan dengan siapa anda beli.

Kekurangan:

  • Ada kemungkinan anda akan terlupa untuk renew domain dan hosting untuk website bisnes anda. Orang bisnes ini biasanya sibuk. Kadang-kala ada yang sampai terlupa nak renew domain dan hosting.
  • Ada juga yang terlupa di mana mereka beli domain dan hosting mereka. Ada juga yang tak ingat emel mana satu yang mereka guna untuk beli domain dan hosting mereka.

Situasi Upah Orang

Kebaikan:

  • Bila upah website designer atau website developer, anda boleh untuk fokus uruskan urusan lain. Sebab urusan domain dan hosting ini mereka yang akan uruskan. Mereka akan ingatkan anda bila masa anda perlu renew.

Kekurangan:

  • Terdedah kepada risiko untuk diugut atau khianat.
  • Tambah teruk lagi apabila anda langsung tidak ada akses admin ke domain dan hosting anda. Bertambah teruk lagi apabila anda juga langsung tidak tahu di mana dan dengan siapa domain dan hosting itu di beli.

Tips:

  • Sekiranya anda upah orang, pastikan anda tahu di mana dan dengan siapa domain dan hosting anda dibeli.
  • Pastikan anda mempunyai maklumat untuk akses ke bahagian admin domain dan hosting. Simpan maklumat ini supaya anda boleh akses ke bahagian admin apabila perlu.

Penutup

Anda suka yang pilihan yang mana? Beli sendiri atau upah sahaja orang lain untuk beli dan uruskan domain dan hosting untuk website bisnes anda?

Baca: [ Di Mana Nak Beli Domain? ]

folder-open-o