berapa upah buat website

Berapa Upah Buat Website?

Last updated: 15 Februari 2018

Berapa upah buat website?

Jika anda tanya pada mereka yang tawarkan servis buat website, pasti anda akan dapat jawapan yang berbeza-beza bila anda tanya soalan ”berapa upah buat website?”.

Sebabnya memang tak ada pun harga standard untuk servis buat website.

Harga akan bergantung kepada siapa yang anda upah untuk buatkan website anda. Pada harga yang dipersetujui itulah mereka akan siapkan website and dan juga beri support selepas website siap.

Bagaimana cara freelance website designer dan freelance website developer tetapkan harga servis mereka?

Ada yang tetapkan harga minimum.

Ada yang letak harga flat rate ikut projek.

Ada yang letak harga ikut siapa klien mereka.

Ada yang letak harga website ikut modul yang dipasang dalam website dan mungkin ada banyak lagi lain-lain cara yang difikirkan sesuai dengan model bisnes mereka dan target klien mereka.

Bila mahu berikan anggaran harga buat website kepada anda, paling tidak seorang website designer atau website developer itu perlu tahu dahulu website yang bagaimana anda mahu buat.

Lepas itu baru mereka boleh bagi harga.

Kenapa upah buat website boleh berbeza-beza?

Antara sebabnya ialah…

pengalaman buat website

Satu, pengalaman.

Bila anda upah website designer atau website developer yang sudah berpengalaman, mereka ini sudah ada portfolio. Biasanya harga servis mereka ini harganya lebih tinggi berbanding dengan mereka yang baru nak mula.

Walaupun harga mereka lebih tinggi, anda tak perlu risau macam mana hasil website anda bila siap nanti.

Anda yakin website anda nanti, hasilnya akan seperti website lain dalam portfolio mereka. Senang cerita portfolio itulah yang akan menjadi benchmark kepada hasil website yang mereka buatkan untuk anda nanti.

Bila anda upah website designer atau website developer yang baru mula, biasanya harga servis mereka ini mula dari harga yang lebih rendah. Mereka yang baru mula ini belum ada portfolio yang kuat dan belum ada portfolio yang banyak.

Malah ada yang betul-betul zero langsung tak ada portfolio.

Kelebihan bila anda upah mereka yang baru mula buat servis bina website, anda boleh jimat pada upah buat website. Tapi anda tak ada benchmark untuk hasil kerja mereka. Anda tak tahu kualiti hasil kerja mereka.

Website designer dan website developer yang berpengalaman boleh beri anda nasihat apa yang boleh buat dan apa yang tidak boleh buat pada website anda itu nanti.

Ada benda itu bukan tak boleh buat sebab tak boleh buat.

Tapi sebab itu bukan best practice.

Atau apa yang anda minta itu tak sesuai untuk website anda.

jenis dan feature website

Dua, jenis website dan feature pada website.

Anda mahu buat website jenis apa?

Landing page, website korporat, website ecommerce, website marketplace, website travel atau lain-lain jenis website?

Contohnya, anda ingin buat website jenis landing page.

Landing page ini biasanya simple saja. Tak komplikated. Tapi tak semestinya simple sebab landing page juga boleh jadi komplikated bergantung pada feature apa yang kita mahu letak pada landing page kita.

Jika anda ada budget yang terhad dan feature yang anda minta juga tidak komplikated. Mungkin website designer atau website developer yang anda ingin upah itu boleh terima kerja tersebut.

Bila anda sendiri sudah tahu jenis website dan feature website yang anda mahu, lebih mudah untuk mereka berikan anggaran upah buat website untuk anda.

Bila cukup maklumat senang buat anggaran masa untuk yang diperlukan untuk siapkan website, kerja apa yang perlu dibuat, perlu [beli plugin premium], kena [beli theme premium] untuk website ke tidak dan sebagainya.

Adalah satu mimpi ngeri bila salah buat anggaran harga dan masa.

Cuba anda bayangkan bila kerja yang dianggarkan boleh siap dalam masa 1 bulan, tapi ambil masa 2-3 bulan untuk siap disebabkan oleh faktor-faktor luar jangka.

Anda juga mesti tak seronokkan bila perlu tambah lagi kos buat website selepas dapat invois.

kan?

Sebab itu agak sukar mereka yang ambil upah buat website nak jawab soalan anda apabila anda tanya soalan yang umum.

“Berapa harga buat website?” “Kalau saya nak buat website ecommerce berapa harga?”

Nanti anda jangan tanya soalan umum macam soalan dekat atas ya. Bagi maklumat yang lebih terperinci.

Lagi bagus sekiranya anda tunjukkan terus beberapa contoh website yang anda suka dan berapa budget yang anda peruntukkan untuk buat website.

Dari situ mereka boleh beri konsultasi.

Sama ada mereka akan terima kerja untuk buatkan website anda atau tolak kerja tersebut itu cerita lain.

Harga Buat Website

Ini bukan harga tetap. Tapi anda boleh jadikan sebagai rujukan. Anda boleh gunakan harga berikut untuk anggarkan harga dan upah untuk buat website.

Website Landing Page: ±RM500
Website One Page: ±RM1500
Website Korporat: ±RM2500
Website eCommerce: ±RM4000
Website Marketplace: ±RM5500

Harga ini hanyalah panduan. Ada lain-lain faktor yang boleh menyebabkan harga website berubah.

Antaranya,

Penutup

Tak kira berapa pun upah buat website yang anda berikan kepada website designer atau website developer untuk buatkan website anda, pastikan anda tahu dan bersetuju dengan apa yang anda akan dapat pada harga yang anda bayar.

Pastikan anda menang dan mereka yang anda upah itu pun menang.

Anda gembira dapat website yang cantik, kemas dan berfungsi. Mereka pula gembira dapat upah buat website yang setimpal dengan tenaga dan masa yang diluangkan untuk siapkan website anda.

Sekarang anda dah tahu kan berapa upah buat website? 🙂

Baca: [ Di Mana Nak Beli Domain Dan Hosting? ]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *