Tips Beli Domain Dan Hosting Bagi Yang Baru Mula Bisnes

Bagi yang baru mula bisnes, elakkan dari buat silap ketika memilih nama domain dan memilih hosting untuk website bisnes anda.

Sebab apa?

Sebab nama domain yang baik akan memudahkan pengguna untuk ingat brand bisnes anda. Hosting yang baik pula membolehkan website anda boleh diakses sepanjang masa oleh pengguna tanpa sebarang masalah.

Berikut kami kongsikan beberapa tips beli domain dan hosting.

Tips Beli Domain

Ketika beli domain, pastikan anda

  • Pilih nama domain yang ringkas dan tidak terlalu panjang.
  • Pilih nama domain yang mudah diingat dan mudah untuk diucap.
  • Pilih nama domain yang tiada CopyRight.
  • Pilih domain dot com (.com), dot com dot my (.com.my) atau domain dot my (.my).

Anda juga boleh pilih nama domain yang ada keyword berkaitan bisnes atau lokasi bisnes anda.

Sekiranya anda baru hendak mula dan sedang fikirkan nama untuk brand bisnes dan mahu menggunakan nama brand bisnes anda di social media untuk tujuan online marketing, semak juga sama ada nama tersebut masih available atau tidak untuk didaftarkan.

Nanti mudah untuk anda seragamkan nama brand anda untuk tujuan offline marketing dan online marketing.

Tips Beli Hosting

Ketika beli hosting pula pastikan

  • Pilih spesifikasi hosting sesuai dengan keperluan. Tak perlu pakai hosting yang terlalu mahal jika baru nak mula. Boleh mula dengan beli Shared Hosting dulu.
  • Pilih storage dan bandwidth yang sesuai. Tak perlu beli storage hosting dan bandwidth yang terlalu besar. Bisnes baru mula belum dikenali. Website anda juga masih belum ada isi dan belum ada trafik.
  • Jangan terperdaya dengan janji UNLIMITED bandwidth dan storage. Beli apa yang anda perlu sahaja. Jangan terpengaruh dengan unlimited kerana pasti ada had. Baca dulu apa terma dan syarat unlimited tersebut.
  • Beli hosting dekat dengan pengguna sasaran. Jika anda target pengguna Malaysia, beli hosting yang lokasinya di Malaysia atau Singapura supaya website anda boleh di akses dengan lebih cepat.
  • Pilih hosting yang ada support yang bagus. Anda tak mahu nanti pening kepala apabila website ada hadapi masalah. Dan support team hosting yang anda beli lambat beri respon atau tidak beri respon langsung.

Penutup

Kami harap tips beli nama domain dan hosting ini dapat membantu mereka yang baru mula bisnes untuk memilih nama domain dan hosting untuk website bisnes anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan. Mohon tulis di bahagian komen.

Baca: [ Di Mana Nak Beli Domain Dan Hosting ]

folder-open-o